Perlu diketahui apakah penyebabnya jeragat bertepek di muka...
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan.
Jeragat juga dikenali sebagai tompok hitam,pigmentasi pada kulit atau biji hitamseperti tahi llat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan,wajah dan leher.Namun dengan teknologi dunia kecantikan,masalah jeragat kini boleh diatasi.Ingin ketahui dengan lebih lanjut rawatan yang sesuai mengatasi masalah jeragat?
Apakah yang boleh kita lakukan?
Mula-mula kita perlu sekat benda ini daripada mengeluarkan pewarna ini dengan banyaknya.
Langkah terbaik adalah dengan mengekalkan tahap ketebalan kulit luar. Oleh itu:-
1) Elak menggunakan produk menghakis kulit.
2) Elak berjemur sehingga kulit menjadi kering
3) Sapu pelembap secukupnya setiap hari dan setiap malam.
Sekiranya kulit sudah menjadi nipis (kerana pernah melakukan proses peeling ataupun faktor usia ataupun faktor semula jadi), maka anda perlu gunakan pelindung sunblock setiap hari selepas sapu pelembap.Apakah yang dilakukan oleh sunblock anda?
Sunblock yang baik, akan menyekat simbahan sinar UVB masuk ke kulit dan merangsang pewarna bawah kulit keluar ke permukaan kulit (lagi melahirkan tompokan hitam pada kulit). Ini sahaja kerja krim spf anda :
- Ia tidak melembapkan kulit.
- Ia tidak memutihkan kulit.
- Ia hanya melindungi kulit dari sinar UVB, (dan UVA kalau ia mempunyai fungsi itu).
Krim SPF anda perlu berminyak sedikit supaya ia dapat melekat pada kulit. Kalau krim SPF anda berasaskan air, ia tidak dapat melekat pada kulit. Jadi ia mungkin tidak dapat melindungi kulit anda sepenuhnya.
Air akan kering pada kulit. Kulit kita kalis air, air tidak dapat masuk ke dalamnya tanpa bantuan bahan lain bagi membawanya masuk ke dalam kulit. Jika anda mahu faham lebih lagi, sila rujuk struktur kulit anda.
Jadi, bahan pertama dalam resipi penjagaan kulit berjeragat adalah sentiasa memakai krim SPF. Dalam sesetengah kes di mana pengguna banyak berpeluh, krim SPF perlu disapu berulang kali sehari. Bagi orang Islam, sapulah krim SPF setiap kali lepas ambil wuduk. Ia hilang selepas dibersihkan dengan air. Sapulah walaupun anda tidak keluar rumah. Sinar UVA & UVB berada di sekeliling kita walaupun tiada matahari.
Saya tidak maksudkan sinar matahari tetapi sinar UVA & UVA ya!
Bagi anda yang ada masalah jeragat..ikutilah step ini sebelum jeragat anda kelihatan lebih menebal di wajah anda..kerna jeragat yang bertepek di muka memerlukan tempoh masa yang lama utk dipulihkan semula..:
1) Cuci wajah setiap hari siang dan malam
2) sapu krim jeragat ( melecep dark spot serum) khusus utk pudarkan jeragat
4) Sapu pelembap (supaya sel kulit kekal subur)
No comments:
Post a Comment