14 June 2013
Bahaya Penggunaan Hydroquinone dalam produk kecantikan
Bahaya Penggunaan Hydroquinone
Hydroquinone merupakan salah satu bahan kimia yang dipergunakan dalam bahan tambahan pembuatan kosmetik. Hydroquione berfungsi untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Dengan begitu kulit akan Nampak lebih cerah dan lebih putih dalam masa yang singkat..
Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.
Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.
Bagaimana hydroquinone digunakan?
Biasanya hydroquinone digunakan dengan cara disapu pada kulit dua kali sehari yaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Kesan perubahan dapat dilihat di dalam masa 4 – 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.
Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 – 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.
Mengapa hydroquinone boleh membahayakan kesehatan?
Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor saja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.
Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.
Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena obat ini. Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.
Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.
Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.
No comments:
Post a Comment