Rasai kecantikan bersama produk Mary Kay yang dapat membantu menghasilkan kulit muka yang lebih licin, lembut, tegang tanpa pengelupasan. Sekiranya anda ingin mencuba produk Mary Kay, sila hubungi saya (Ayza) di talian 011-59635408 atau email : azaflower@yahoo.com . Rasailah sendiri kehebatan produk Mary Kay...

22 June 2013

Customer order 18 June 2013

Syukur atas nikmat yang diberikat oleh NYa..











19 June 2013

Customer order 17 June 2013

Alhamdulillah..hari ni dpt 2 parcel dri Mary kay..
tq Allah dgn rezeki yang diberikan oleh MU..
 
 
 
 
 
 
 
 

Customer order 16 June 2013

Alhamdulillah..Hampir setiap minggu ada pesanan dari customer yang begitu setia dan ingin mencuba produk mary kay..semoga anda semua berpuas hati dan memiliki kulit yang cantik dan sihat..amin..
 
 
 
antar produk yang diminati customer saya..
Set botanical..set Timewise (anti aging), melacep dark spot, liquid foundation, eye color
 
utk dipos kepada Cikgu Jamilah ( Pasir Gudang), Nursakinah (Uitm, Perak)
dan Rasyidah (senai)
 
s
 
 
 

15 June 2013

Customer order 11 June 2013

Alhamdulillah barang dah sampai...


Botanical effect the best seller product..


utk di pos kepada Noorzehan ( KL), Noriah (Ipoh) dan Noorassyikin (Nibong Tebal)



Customer order 31 May 2103

Alhamdulillah Barang dah sampai....kepada rakan-rakan yang dah order..tunggu ya...
 TQ Allah dgn rezeki dri MU..





utk di pos kepada 
Dr Syarifah Nazatul Faiza ( Pensyarah Uitm, Shah Alam)
dan Selia 





14 June 2013

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE, TRETINOIN, MERKURI DAN PLUMBUM PADA WAJAH

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE, TRETINOIN, MERKURI DAN PLUMBUM PADA WAJAH

HATI-HATI MEMILIH PRODUK / KOSMETIK KECANTIKKAN

Kecantikan dalam dunia wanita tidak boleh dipisahkan lagi. Walaupun wanita itu atau anda sendiri tidak bersolek, anda tetap mahu kelihatan cantik melalui pemakaian dan gaya bukan? Cantik seseorang wanita itu juga terletak pada tutur kata dan kesopanannya. Itu juga menjadi salah satu pengukur untuk menunjukkan kecantikan wanita. Namun, bersolek dan pemakaian alat kosmetik tetap menjadi pilihan utama ramai wanita di luar sana!

Tetapi anda sebagai wanita harus ingat! Tidak semua alat kosmetik / kecantikan itu sesuai dengan kulit anda. Jangan tersalah pilih produk, kenali dulu produk / kosmetik sebaik-baiknya supaya anugerah yang diberikan Allah akan sentiasa terpelihara.

Analisis dahulu jenis kulit anda, dan sesuaikan dengan produk yang ingin anda gunakan. Pastikan produk anda TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA ☢ YANG MENCEMARKAN PRODUK.

Kebiasaannya, Krim Pemutihan menjadi pilihan untuk mendapatkan kulit yang lembut dan licin serta menanggalkan bintik hitam, jeragat, tompokan hitam, jerawat dan kedut. Cubaan lebih kepada jenama krim muka yang menjanjikan kesan tersebut. Anda juga pasti lebih terdorong untuk mencuba / membeli kerana terpengaruh dengan pujukan penjual, iklan atau testimoni daripada pihak penjual tanpa memikirkan kesan sampingannya seperti kerosakan pada kulit muka!

Hati-hati dengan segelintir pihak pengeluar yang hanya inginkan keuntungan semata dan mengeksploitasikan kegilaan kaum wanita yang ingin berwajah 'putih cantik dan berseri' dengan mencampurkan bahan kimia berbahaya dalam krim tersebut. Produk yang mengandungi bahan kimia tersebut biasanya di dakwa dapat memberikan kesan dalam masa yang singkat. Contohnya , muka akan menjadi putih dalam masa tujuh hari jika memakai krim pemutihan produk 'A'.

BAHAN KIMIA APA YANG BERBAHAYA ITU? ☢☢☢☢

1) HYDROQUINONE 
 Proses Pemutihan boleh menjejaskan kesihatan melalui penghakisan dua lapisan pelindung kulit muka, iaitu lapisan melanin (bahan yang memberi warna pada kulit) dan lapisan berkematu yang kalis air. 

 Hydrokuinone bertindak dengan menyekat pengeluaran melanin tersebut dan kulit akan menjadi semakin cerah tetapi dalam masa yang sama lapisan kulit muka akan menjadi semakin tipis. Akibatnya, fungsi perlindungan kulit daripada sinaran ultra ungu dan pancaran matahari secara berlebihan akan terjejas malah kulit muka akan menjadi kemerah-merahan dan rasa pedih serta terbakar. Sekiranya digunakan dalam tempoh yang panjang atau digunakan dengan banyak dan pengguna terdedah pula kepada pendedahan matahari, lapisatn pelindung kulit muka menjadi semakin nipis dan akibatnya timbul jeragat hitam yang akan berkekalan pada kulit.

Penyerapan Hydroquinone ke dalam peredaran darah dalam kuantiti yang besar pula boleh menyebabkan pendengaran berdengung, menggigil, perasaan lemas, mual dan muntah, sentakan otot, sakit kepala sawan, sukar bernafas dan akhirnya koma
Jika termakan Hydrokuinone pula boleh menyebabkan keracunan yang serius seperti kerosakan sel darah merah.

2) TRETINOIN
 Tretinoin adalah bahan kimia berbahaya kedua. Biasa digunakan oleh doktor untuk merawat jerawat yang serius. Tretinoin juga menghakis lapisan kulit sedikit demi sedikit sama seperti Hydroquinone. Kulit akan kelihatan mengelupas, kering, merah, pedih dan gatal-gatal semasa ia digunakan. Kulit juga akan lebih sensitif kepada cahaya matahari. 

3) MERKURI DAN PLUMBUM
 Merkuri atau raksa pula sudah lama dilarang penggunaanya. Ia memang menjadikan kuit nampak cantik dan mulus tetapi lama kelamaan merkuri ini akan mendap dibawah kulit. Akibatnya, kulit akan menjadi biru kehitaman dan lebih menakutkan ia boleh menyebabkan KANSER!

Bahan kimia seterusnya adalah PLUMBUM. Amat berbahaya! Pemakaian krim muka / bedak yang tercemar dengan plumbum boleh mengakibatkan gangguan saraf, mental dan juga menyababkan MAUT akibat keracunan plumbum..

jom klik disini respond pengguna-pengguna yang telah pakai produk yang ada bahan HYDROQUINONE

http://www.femaledaily.com/showthread.php?p=1983089

Krim pemutih kulit mengandungi bahaya Merkuri

Krim pemutih kulit mengandungi bahaya Merkuri

Menjadi cantik tentu saja merupakan idaman setiap wanita di seluruh dunia. Di Malaysia dan Indonesia, konsep kecantikan wanitanya kerap diidentikan dengan wajah yang putih dan mulus. Maka tidak hairanlah banyak produk pemutih dipasaran sekranga. Ada banyak  krim pemutih wajah yang diakui ebagai krim yang bagus dan mendapat kelulusan daripada KKM.

Sebenarnya krim wajah tidak boleh dicampur dengan sembarangan bahan pemutih. Banyak produk pemutih kulit yang mengandungi bahan pemutih yang sebenarnya tidak boleh digunakan. Anda harus memastikan bahwa Anda menggunakan krim kecantikan yang bebas dari bahan pemutih. Salah satu bahan yang dilarang adalah penggunaan merkuri (air raksa) dalam kosmetik. Sayangnya, masih banyak produk kecantikan yang menggunakan merkuri untuk melengkapi produk pemutihan atau produk antipenuaan.

Penyebab dilarangnya penggunaan merkuri adalah ia akan memberi kesan sampingan kepada kesihatan. Penggunaan atau paparan merkuri terbukti dapat merosakkan sistem saraf, ginjal serta dapat merosakkan otak bayi dalam kandungan. Bahkan, kesan samping buruk tidak hanya menimpa kepada si pemakai produk bermerkuri, namun ia juga memberi kesan kepada orang lain juga.

Bagaimana merkuri akan memberi kesan kepada orang yang tidak memakainya secara langsung? Ya, merkuri dapat masuk ke tubuhorang lain melalui wapnya yang terhirup apalagi bila terhirup anak-anak kecil. Lebih merbahaya lagi bila kandungan merkuri ini tertelan anak-anak kecil setelah mereka menyentuh kulit yang mengenakan produk bermerkuri.

Tanda-tanda keracunan merkuri

tanda-tanda seseorang atau Anda sudah mulai terkena racun merkuri. Tanda-tanda tersebut antara lain adalah:

- Perubahan perasaan atau emosi secara drastis. Seperti Anda menjadi mudah gugup, lebih cepat marah, lebih sensitif perasaannya dan lain sebagainya.

- Sulit tidur atau mengalami insomnia
- Mengalami sensasi yang jarang terjadi seperti kesemutan di sekitar mulut, kaki dan tangan
- Gementar berlebihan
- Sering mengalami sakit kepala
- Mengalami lemah otot, kedutan otot dan pengecilan otot.
- Susah melakukan fungsi koordinasi tubuh dan mengalami penurunan mental
- Ginjal menjadi rusak
- Serta yang fatal adalah kematian akibat susah bernafas.

Sayangnya, gejala akibat bahan merkuri ini sering kali tidak disedari. Atau bahkan biasanya doktor mendiagnosis terkena penyakit lain yang memiliki gejala sama seperti Parkinson, demensia, sclerosis ganda dan sclerosis leteral. Hal itulah yang sering membuat orang yang keracunan merkuri gagal ditolong.

Anda tentunya tidak ingin mengalami hal tersebut kan hanya demi memutihkan kulit wajah Anda. Untuk itu Anda harus bijaksana memilih kosmetik wajah. Bila perlu mendapat nasihat doktor agar proses pemutihan wajah berjalan dengan baik tanpa kesan sampingan.

Cara menghindari produk-produk pemutih bermerkuri yang biasa dilakukan dengan cara-cara seperti di bawah ini:

1. Biasakan membaca label kandungan kosmetik yang hendak Anda beli. Hindari membeli produk yang mengandung bahan kalomel, mercurio, klorida mercurous atau mercuric.

2. Hindari membeli kosmetik tanpa label atau produk-produk yang tidak jelas. Hal itu menunjukkan bahwa kredibilitas pembuat kosmetik dipertanyakan. Peraturan perlindungan KKM mengharuskan semua bahan pembuat kosmetik ditulis dalam label.

3. Cucilah tangan hingga bersih setelah menggunakan kosmetik apalagi bila Anda ingin makan setelahnya.

4. Bila Anda hendak membuang produk bermerkuri sebaiknya simpan dalam bekas tertutup agar tidak merembes ke dalam sistem air tanah yang kita konsumsi sehari-hari.

5. Lakukanlah pengujian merkuri jika diperlukan apalagi bila Anda dulu pernah menggunakan kosmetik berbahan pemutih secara sembarangan. pengujian ini perlu dilakukan di makmal. Sekiranya kandungan merkuri dalam tubuh Anda cukup tinggi, anda perlu mendapat nasihat doktor ahli toksikologi atau doktor saraf.

Bahaya Penggunaan Hydroquinone dalam produk kecantikan


Bahaya Penggunaan Hydroquinone


Hydroquinone merupakan salah satu bahan kimia yang dipergunakan dalam bahan tambahan pembuatan kosmetik. Hydroquione berfungsi untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Dengan begitu kulit akan Nampak lebih cerah dan lebih putih dalam masa yang singkat..

Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

Bagaimana hydroquinone digunakan?

Biasanya hydroquinone digunakan dengan cara disapu pada kulit dua kali sehari yaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Kesan perubahan dapat dilihat di dalam masa 4 – 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 – 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

Mengapa hydroquinone boleh membahayakan kesehatan?

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor saja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.

Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena obat ini. Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.

Customer order 9 June 2013

Alhamdulillah  Barang dah sampai....happy sangat ..kepada rakan-rakan yang dah order..tunggu ya...
 TQ Allah dgn rezeki dri MU..




 utk dipos kepada Putri Syafiqah (Kota Bahru) dan Noradlina (Kuala Ketil)
COD to Elyza dan suzana..




11 June 2013

Kepentingan Pelembap



Okeylah kali ni saya ingin berkongsi cerita tentang kelebihan memakai pelembap atau orang putih kata ‘moisturizer..’ pada kulit kita. Ada orang cakap kat saya "buat apa pakai pelembab, x pakai pelembap pun tak pe..janji cuci muka je dengan pencuci..”
 
Statement ni salah tau..mana boleh tak pakai pelembab.. dalam sehari kita tetap kena pakai pelembab sekurang-kurangnya 2x sehari tau. Sekali pagi dan sekali malam sebelum tido ye..Asyik cuci muka tapi tak melembabkan kulit pun tak guna. Nanti kulit kita menjadi semakin kering dan hilang lembapan…
 
Memandangkan cuaca kat Malaysia ni agak panas, so perlulah kita pakai pelembap, sunblock yg ada spf tu..tujuannya untuk melindungi kulit kita dari sinaran matahari yang panas tu. Tp ada dikalangan kita yang kata malaslah, rimaslah…nanti melekit2lah..mcm2lah…so alasan mcm tu tidak harus ada pada mereka-mereka yang pentingkan kecantikan.

So..Kalau nak kulit kita licin, lembut, kenalah pakai pelembab hari-hari ye...Kena rajin, Janganlah malas tau…
Saya tahu, ada dikalangan kita memang tak suka dan malas sangat2 nak jaga kulit ni. Leceh kan? Jadi saya sarankan jangan tinggal mencuci dan melembab dalam sehari. Wajib buat untuk dapatkan kulit yang sihat.
 
Pelembab Mary Kay ni memang best tau sebab ia mengandungi vitamin c utk kulit, bila pakai tak rasa pun kulit kita berminyak tau..memang terus serap ke dalam kulit kita sebab tu lama kelamaan kulit kita lembut, bersih dan shining...Kulit pulak makin sihat sebab pelembab ni takde bahan kimia yang merbahaya…100% diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang memberi manfaat pada kulit, menyihatkan kulit..ia amat sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit kering, normal, berminyak dan kombinasi..
 
Lepas pakai pelembap bolehlah apply liquid foundation, sheer mineral pressed powder sebab maklumlah kulit dah cantik..
 
 okeylah..itu je nak cerite..Benda yang bagus mestilah nak share dengan kawan2..supaye kawan-kawan diluar sana pun cantik jugak kan.
 
jika anda berminat utk merasai kehebatan pelembap botanical boleh calling saya ye..
 

08 June 2013

Mk Men Skin Care

MaryKay mempunyai rangkaian khusus penjagaan kulit bagi si jejaka. Buat kejutan untuk si dia dengan menghadiahkan set penjagaan wajah MaryKay.



Beauty With Mary Kay © . Designed by www.ayzzabeauty.blogspot.com/