02 May 2013
Infor berkaitan Kulit jenis berminyak dan berjerawat
Jom baca...
Jerawat di wajah adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi akibat gangguan pada kelenjar-kelenjar sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit anda.
Biasanya kelenjar ini akan menghasilkan jumlah minyak yang mencukupi untuk menjaga kulit anda supaya sihat,berkilat dan muda.
Kehadiran hormon DHT(dihydro testosterone) menyebabkan kelenjar ini menghasilkan jumlah minyak yang berlebihan .Hasil akibat kenaikan hormon DHT menyebabkan rangsangan berlebihan kepada kelenjar minyak dan minyak ini berkumpul dalam liang dan akhirnya liang itu tersumbat, menyebabkan anda berjerawat.
DHT adalah punca Jerawat lelaki dan wanita pada sebarang usia.
Muka bersih dari jerawat
free acne
Jerawat di muka tidak mengenal kulit. Ia memberi kesan kepada semua peringkat umur,bangsa,status sosioekonomi dan jantina semasa hayat mereka.
Masalah jerawat muka tidak mengancam nyawa anda, tetapi anda akan bersetuju jika anda mengalami jerawat yang teruk ia akan mengubah penampilan dan harga diri. Ia akan meninggalkan kesan parut pada permukaan kulit dan iai menimbulkan kesan yang agak memalukan terutama wanita.
Malangnya, pengetahuan tentang jerawat adalah terhad. Memahami punca-punca merupakan satu komponen penting dalam kejayaan mencegah, merawat untuk jerawat.
Jerawat boleh dilihat di bahagian muka, leher, dada atau belakang anda. Pada asasnya ia membengkak dengan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun benjol merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.
Umumnya, masalah jerawat muka anda berlaku kerana proses radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jangkitan ini berlaku apabila liang tersumbat. Jika liang tersumbat itu tertutup, ia menjadi whiteheads, tetapi jika liang itu masih terbuka, ia menjadi satu blackheads- noda hitam jerawat. Anda mungkin mempunyai jerawat ringan dan tidak berlaku keradangan kulit dan sekali-sekala terjadi whiteheads dan bintik hitam(blackheads). Radang jerawat berlaku apabila whiteheads dijangkiti dengan bakteria dan membengkak, menghasilkan jerawat dan pustul.
No comments:
Post a Comment