Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah kita. Seeloknya kita menjaga bibir dengan sebaiknya.
1. Bila Siang - Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi kita, tetapi sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan kita menggunakan pelembab bibir/lip protector sunscreen SPF15 yang boleh
diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir/lip protector yang mengandungi SPF 15 untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.
Lip protector sun screen SPF15
2. Bila Malam - Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bibir dan eyeliner dengan Marykay make-up remover, kemudian picit sedikit lip mask pada permukaan bibir dan gosok perlahan-lahan. Ia untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir anda dan bersihkan bibir anda. Anda akan dapati bibir anda bersih dan lembut selepas menggunakan lip mask.Sapukan nipis-nipis lip balm pada bibir anda dan biarkan semalaman.
Marykay Make-up remover
3. Jangan Gigit - Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir kalian menggelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering, segeralah menyapu lip protector atau lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.
Klik disini untuk testimoni customer saya yang telah menggunakan lip mask dan lip balm
No comments:
Post a Comment