Rasai kecantikan bersama produk Mary Kay yang dapat membantu menghasilkan kulit muka yang lebih licin, lembut, tegang tanpa pengelupasan. Sekiranya anda ingin mencuba produk Mary Kay, sila hubungi saya (Ayza) di talian 011-59635408 atau email : azaflower@yahoo.com . Rasailah sendiri kehebatan produk Mary Kay...

30 July 2012

Mary Kay Eyeliner Serlahkan Mata anda..

KECANTIKAN mata terserlah dengan Eyeliner for eyes intense terkini dari Marykay. ia merupakan pensel solekan mata yang versatil serta menyerlahkan mata dengan pigmen warna yang menarik. Dengan hanya satu calit, ia mampu bertahan selama 12 jam. Ia terdapat dalam tiga rona menyerlah iaitu black, deep brown dan navy. Anda boleh dapatkan Eyeliner Mk dengan harga RM35. 




25 July 2012

Cara kenali jenis kulit muka anda..



Kulit normal
  • Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.
  • Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.
  • Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering
  • -    Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.


Kulit kering
  • Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
  • Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi effect rasa kurang selesa.
  • Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
  • -  Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih, kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.


Kulit berminyak
Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.
Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
§  Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

Kulit kombinasi
  • Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
  • Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.
  •  Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
  • - Gunakan penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.


17 July 2012

Kulit PENUAAN memerlukan pelembap yang lebih

Salah satu cara terbaik untuk melawan penuaan ialah mendapatkan lembapan yang sempurna. Mengekalkan kulit yang lembap sebenarnya memberikan banyak kesan terhadap kehadiran kedutan, garisan halus dan juga masalah kulit. Produk anti penuaan yang berkualiti sangat penting bagi wanita yang sedang menuju ke arah tersebut. Mary Kay TimeWise anti aging merupakan produk anti aging yang paling laris dan diminati ramai kerana produk ini mengandungi aksi cucian dan penyegar dalam satu langkah yang mudah. . Set Time Wise terdiri daripada Cleanser, Day solution, Night Solution dan moisturizer...dengan harga RM520 akan membantu mengekalkan keanjalan kulit dan sekaligus menjadikan anda kelihatan muda sepanjang masa..

13 July 2012

Apakah pentingnya 'Concealer'??

Bagi wajah yang berjerawat, jeragat atau berparut, 'Concealer' adalah pilihan yang penting. Ia penting untuk menyamarkan segala cela kecil dan memastikan kesan jerawat, jeragat atau parut itu tidak kelihatan saat anda merias wajah. Sapukan 'concealer' dengan nipis sebelum bersolek dan sudahi dengan bedak asas atau bedak debu. Tetapi pastikan anda memilih 'concealer' yang sesuai dengan kulit anda. Dapatkan 'concealer' dari Mary kay dengan harga RM37 yang kini boleh dimiliki dengan pelbagai warna mengikut kulit wajah anda.



03 July 2012

Order from my customer

Hari ni dapat parcel dari mary kay. aku order online aje hari sabtu pagi hari tu..dan hari ni dah sampai..so customer aku pun tak la tunggu lelama nk dapatkan brg yag diaorg order dari aku..tq mary kay coz u give a good services to your customers..



order dari ina, nurul dan ida..

update lagi...
parcel yang di order dari customer...
.


order dari ely, sarina dan Nurul Nazihah















Beauty With Mary Kay © . Designed by www.ayzzabeauty.blogspot.com/