Rasai kecantikan bersama produk Mary Kay yang dapat membantu menghasilkan kulit muka yang lebih licin, lembut, tegang tanpa pengelupasan. Sekiranya anda ingin mencuba produk Mary Kay, sila hubungi saya (Ayza) di talian 011-59635408 atau email : azaflower@yahoo.com . Rasailah sendiri kehebatan produk Mary Kay...

20 October 2011

Hati-hati dalam memilih produk kecantikan

Semua wanita inginkan kecantikan..so berhati-hati ketika memilih produk kecantikan yang kini bagaikan tumbuh mcm cendawan di pasaran..tahukan anda kebanyakan produk kecantikan tempatan mengandungi bahan pemutih yang dikenali HYDROQUINONE dan TRETINOIN..di mana bahan ini mengandungi bahan kimia beracun  yang boleh membunuh sel kulit wajah selain meresap ke dalam saluran darah yang boleh menyebabkan barah, kemandulan, penyakit hati dan ginjal, sekali gus boleh mengancam nyawa wanita yang memakainya. 


Antara produk kecantikan yang kini disenarai hitam kan kerana mengandungi kedua-dua bahan kimia beracun ini adalah :



  • Eriesya Spa Beauty Cream

  • Atika Beauty Renewal Cream

  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

  • Ratna Sari Whitening Night Cream

  • Tia Amelia Krim Jeragat

  • Chantique Whitening Night Cream

  • RZAC White Pearl Cream

  • Nuriz Day and Night Cream

  • Elite Rias Er Cream

  • R&Z Whitening Night Cream

  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

  • Pigmentation Recovery Complex

  • Zara Rejuvenation Cream

  • Natasya Krim Herba Gold

  • De Putih Night Cream



  • Adakah anda perasan setelah anda pakai produk kecantikan ini kulit anda lama-kelamaan akan menjadi kemerahan, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan  hypertensive kepada cahaya  matahari..ini adalah kerana produk-produk ini mengandungi kedua-dua bahan kimia beracun yang boleh  mengundang bahaya pada diri anda. 
    So diharapkan agar anda tidak terburu-buru dan tersalah membeli produk-produk kecantikan yang kini berlambak-lambak dipasaran.  







    47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

    KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
    Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.
    “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

    Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

    Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

    Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine
    “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.



    Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

    Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

    “Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

    Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

    Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

    INFO
    Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


    Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:


  • Kintop


  • Body Beaus


  • BMI-9 Xylimming Capsule


  • Senna Plus Capsule

    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:


  • Lami

    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:


  • Obexlim


  • Slimax Coffee


  • Beaute Fit Body Contour


  • Body Trimz


  • 357 Nasal Spray




  • Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

  • Makjun Taufiq Dua Istimewa

  • Majun Dua Istimewa

  • Ginseng Jin Fui Wan

  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

  • Makjun Syafiq 3 Istimewa

  • Reepo

    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: 

  • Air Ikan Haruan

    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty Cream

  • Atika Beauty Renewal Cream

  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

  • Ratna Sari Whitening Night Cream

  • Tia Amelia Krim Jeragat

  • Chantique Whitening Night Cream

  • RZAC White Pearl Cream

  • Nuriz Day and Night Cream

  • Elite Rias Er Cream

  • R&Z Whitening Night Cream

  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

  • Pigmentation Recovery Complex

  • Zara Rejuvenation Cream

  • Natasya Krim Herba Gold

  • De Putih Night Cream



  • Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

  • Qian Tong Dan

  • Raja Ubat Resdung

  • Coral Plus UA 350MG 

  • 19 October 2011



    Dengan kesibukan jadual harian, kulit kita mudah terdedah kepada tekanan persekitaran harian seperti pencemaran, asap, stres dan ancaman UV, yang boleh mempercepat proses penuaan kulit. Setiap orang ingin memiliki rahsia awet muda. Selain kesihatan yang baik dan gaya hidup yang seimbang, berikhtiar dengan rejimen penjagaan kulit harian yang hebat boleh membantu anda mencapai hasrat memperoleh kulit yang tampak lebih muda dan cantik. Kini, anda boleh memperkuat rejimen penentang usia menyeluruh anda dengan inovasi terkini daripada TimeWise® –TimeWise® Night Restore & Recover Complex BARU yang mencergaskan penghasilan kolagen, mensasarkan matriks kulit dan membantu 
    kulit pulih daripada kerosakan harian. Satu lagi produk penentang usia baru yang hebat 
    ialah TimeWise® Moisture Renewing Softener yang menjadikan kulit dilembapkan, tampak 
    lebih licin dan lebih sihat. Tambahkan dua produk baru yang hebat ini kepada rejimen pentang usia anda, anda boleh berehat dengan sempurna dan tidurlah dengan nyenyak!

    Perhebatkan rejimen Penentang usia pada waktu malam dengan TimeWise®

    Penentang Usia Waktu Malam (Nighttime Age-fighting)

    Sudahkah anda mengenalpasti usia kulit anda?
    Berikut adalah keperluan Penjagaan Kulit mengikut peringkat umur anda..




    Beauty With Mary Kay © . Designed by www.ayzzabeauty.blogspot.com/