Rasai kecantikan bersama produk Mary Kay yang dapat membantu menghasilkan kulit muka yang lebih licin, lembut, tegang tanpa pengelupasan. Sekiranya anda ingin mencuba produk Mary Kay, sila hubungi saya (Ayza) di talian 019-4582016 atau email : azaflower@yahoo.com Rasailah sendiri kehebatan produk Mary Kay...

Saturday, December 29, 2012

TimeWise Night Restore & Recover Complex

Harga RM190

FAEDAH DAN PERAKUAN
7 daripada 10 wanita bersetuju bahawa kulit mereka berasa lebih muda selepas seminggu. Dan dalam satu kajian pengguna bebas selama 12 minggu, satu majoriti besar wanita bersetuju bahawa TimeWise® Night Restore & Recover Complex  mengurangkan tanda-tanda penuaan pramatang dan kerosakan akibat persekitaran sebagai antara faedah yang 
ketara.*
 71% mengatakan ia mengurangkan keketaraan kerosakan akibat persekitaran
 70% mengatakan ia mengurangkan tanda penuaan pramatang
 69% mengatakan ia mengurangkan keketaraan garis ekspresi 
 76% mengatakan kulit berasa lebih tegang

Keputusan yang dilaporkan dalam satu kajian pengguna bebas selama 12 minggu

PELANGGAN SASARAN
 Wanita yang sedia melawan penuaan pada tahap yang seterusnya
 Wanita yang sedia menggunakan teknologi terkini dan ramuan yang paling berkesan 
 Wanita yang pernah melihat faedah ketara yang dibawakan produk TimeWise® dan ingin meningkatkan lagi faedah produk yang mereka sedang guna. 
 Wanita yang mungkin baru mengenali TimeWise® tetapi sedang mencari inovasi baru dalam penjagaan kulit 

BAGAIMANA IA BERTINDAK
Ahli-ahli sains di Pusat Penyelidikan Mary Kay membangunkan satu produk dengan 5 ramuan utama yang membekalkan keperluan yang paling diperlukan kulit anda:

 Ia mencetuskan penghasilan kolagen baru.

 Ia menggalakkan pemulihan kulit, mengurangkan kesan kerosakan harian

 Ia menggalakkan pusingan ganti sel kulit.

 ia dapat membantu memperkuat dan menstabilkan perintang kulit, dan mengekalkan paras lembapan.

Monday, December 24, 2012

PENTINGNYA PELINDUNG UV

APA TU SPF?
Marykay sun protector with SPF35/PA+++ (Price RM120)

SPF maksudnya " Sun Protection Factor" atau ringkasnya merujuk pada jumlah masa seseorang individu boleh terdedah pada cahaya matahari tanpa perlindungan sebelum mengalami kesan kulit terbakar atau kemerahan akibat UVA dan UVB. Jangan malas nak guna pelindung UV kerana ia bukan sahaja melindungi dari kerosakan kulit yg diakibatkan oleh matahari & penuaan kulit. Paling penting dari pre-cancerous growth..atau kanser kulit!!! 

APA PULA UVA & UVB?
Senang jer nak ingat....
# Pancaran UVA akan meninggalkan kesan AGING @ penuaan, pigmentasi, kedut sehingga kelapisan ke2 kulit iaitu dermis.
# Pancaran UVB...B for Bakar @ burning...so pendedahan kulit pada UVB tanpa perlindungan akan membuatkan kulit epidermis terbakar..

Friday, December 21, 2012

tudung ala fareeda

tudung ala-ala fareeda..sape berminat boleh calling-calling saaya, harga RM120 

Thursday, December 13, 2012

Perubahan ketara dalam seminggu

 Ingin dapatkan kulit yang lembut, licin, menghapuskan garis-garis halus, mengecilkan pori-pori dan menampilkan kulit yang cantik dan licin hanya dalam 1 minggu..dapatkan set Timewise Microdermabrasion yang memg luar biasa dan sungguh berkesan..

Hanya menggunakan langkah 1 dan 2 sahaja terbukti memberi kesan yang mengagumkan..

Langkah 1 :
Timewise Microdermabrasion, Refine 57g, (RM165)

Langkah 2 :
TimeWise Microdermabrasion, Replenish 20ml ( RM155)

Selepas menggunakan Set TimeWise Microdermabrasion selama seminggu sahaja:

85% menampakkan peningkatan tekstur kulit.
73% menampakkan pengurangan garis halus.
71% menampakkan pori yang tampak lebih kecil.

Microdermabrasion, kini merupakan prosedur bukan pembedahan yang ke-4 paling popular di Amerika Syarikat. Dengan Set TimeWise Microdermabrasion, anda boleh nampak & rasa faedah segeranya di rumah tanpa banyak belanja. Set ini mengandungi kristal mikro halus yang digunakan oleh ahli dermalogi.

Set TimeWise Microdermabrasion dibangunkan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai garis-garis halus dan pori ketara serta berkulit kering, bersisik, yang inginkan kulit yang kelihatan lebih sihat dan muda dengan segera.

Bagaimana Set Microdermabrasion berfungsi?

Langkah 1: Memperhalus (Refine)

  • ialah pengelupas canggih yang segera mencergaskan kulit untuk menampilkan permukaan kulit yang lebih berseri & sihat. Losen putih berkrim dengan kristal pengelusan ini
  •  Menyuap dan menyuburkan kulit dari bawah melalui peningkatan mikro peredaran.Ini membawa oksigen kebahagian atas kulit untuk merangsang peredaran untuk mencipta kulit yang lebih sihat dan berseri-seri.
  •  Secara berkesannya mengurangkan kewujudan pori dengan menanggalkan sel kulit mati yang semulajadinya terbentuk di dalam & sekitar luar tepi setiap pori.

Langkah 2: Penambahan ( Replenish )

segera diserap kedalam kulit untuk menjadikannya licin & lembut. Serum ringan & berwarna-warni ini:
  •  Menyuap dan menyuburkan kulit dari atas dengan kompleks teh tigaan eksklusif Mary Kay.
  • Membantu proses peremajaan kulit dan melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran.
  • Menenangkan kulit dan membantu mengembalikan keseimbangannya.
  • Menyediakan kulit untuk langkah seterusnya dalam penjagaan kulit.
Bagaimanakan ia berbeza dengan produk Microdermabrasion yang lain dipasaran?

Banyak jenama menawarkan hanya satu langkah. Yang lain pula sekadar menawarkan pelembap sebagai langkah kedua. Langkah 2: Penambahan betul-betul mengasingkan Set Mary Kay Microdermabrasion daripada pesaingnya. Ia merupakan serum mewah, mengandungi vitamin, antioksidan & antiperengsa yang menyuburkan kulit lembut, licin yang ditinggalkan oleh Langkah 1: Memperhalus. Ia juga menghalang kulit daripada kanser kulit.

Bilakah anda harus menggunakan TimeWise Microdermabrasion?

Ia boleh digunakan pada waktu pagi/petang, 2-3 kali seminggu, selang 2 hari diantara pemakaian itu. Ia boleh digunakan bersama mana-mana produk penjagaan kulit Mary Kay selepas membersih, mengelupas & menyegar.

Wednesday, December 12, 2012

Sunday, December 9, 2012

cantik dengan Timewise Liquid Foundation

Timewise Liquid Foundation

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan sekalian, tentu ramai di antara kita nak tahu apakah rahsia untuk mendapatkan satu solekan yang cantik, flawless dan glowing tp tak begitu over..

Rahsianya hanya satu, iaitu pemilihan foundation yang tepat untuk kulit anda. Ada orang yang nak Nampak puith, dia sanggup memakai foundation yang kod nya cerah walaupun dia sepatutnya kena pakai foundation yang warnanya sawo matang. Ada orang takut terlampau putih jadi dia pakai foundation yang sesuai untuk kulit sawo matang padahal tak sesuai pun dengan dirinya.
 
Kawan-kawan jangan macam tu, okey? Pilihlah foundation yang serasi dan sesuai dengan warna kulit kita. Biasanya customer yang order online melalui saya, saya akan bertanyakan samaada kulit nya cerah, sederhana cerah atau sawo matang atau gelap?? Pemilihan warna adalah penting bagi mendapatkan solekan yang cantik ya..

Perasan tak solekan pengantin memerlukan banyak layer foundation dan makan masa juga untuk aplikasi foundation sahaja. Ini bermakna foundation sangat penting dan WAJIB dalam arena solekan ni.Jangan silap memilih warna. Ini petua yang sangat penting! Kulit kita ibarat kanvas, perlu disapu dengan foundation yang tona warnanya sama dengan kulit kita. Barulah cantik untuk solekan mata dan bibir nanti. Tiada guna okey kalau solekan mata vogue the smokey eye dan bibir comel bergincu tapi kulit? Alahai foundation nampak jelas ketara atau kelabu kusam kulit dibuatnya.

Semenjak saya mengenali Marykay sampailah sekarang saya memang penguna setia Timewise Liquid Foundation, Harganya memang berbaloi, sekali beli RM72 tp 10 bulan (kadang-kadang kat setahun tak habis-habis lagi) seterusnya tak payah beli lagi sebabnya walaupun pakai hari-hari tapi dalam kuantiti sikit je. Dia kan liquid, tu yang pakai sikit je dah cover satu muka..jimat duit untuk 7 bulan tu tau.Hehe... Harga RM72 untuk sebotol foundation, pakai 10 bulan..So korang just spend RM7.20 je sebulan, kan? Berbaloi tak?? Liquid foundation ni memg saya suka sebab ia begitu ringan, lembut,  flawless dan glowing pulak 
tu..sapa yang penah memakainya mesti dah jatuh cinta dengan nya..betoi tak??

JOM klik di sini utk lihat testimoni customer saya yang telah menggunakan liquid foundation Mary Kay

Thursday, December 6, 2012

Rahsia wajah sempurna dgn Cream to Powder Foundation

Rahsia wajah sempurna dengan Cream to powder foundation

Bagi anda yang mempunyai Cela, parut jerawat, jeragat diwajah pasti akan mencacatkan penampilan anda bukan??? Bagi mengatasi masalah ini, Marykay memperkenalkan Cream to Powder Foundation. Compact ini berfungsi seperti foundation yang dapat membantu menututpi celaan diwajah anda.

Di antara kelebihan yang dimiliki oleh Cream to Powder Foundation :
** Compact dua-dalam-satu ini disapukan seperti krim dan kemudian mengering kepada kemasan lembut dan matte, tahan hingga 8 jam 

** Formula ringan yang bebas minyak dan kalis air.
**Provides sheer-to-full buildable coverage
** Can be used for touch-up
** Boleh digunakan sebagai concealer

Tuesday, December 4, 2012

Jeragat hilang, kulit makin gebu & cantik dengan Collagen Powder Shaklee

CANTIK.. GEBU..
MENAWAN....
AWET MUDA...

mesti menjadi dambaan semua orang kan?? terutama kaum hawa ni. Sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita miliki rupa paras yang cantik & bersih ini akan menambahkan keyakinan pada diri apabila berdepan dengan orang lain.

Percaya tak jika kita mempunyai masalah jeragat, jerawat, kulit kusam akan menyebabkan produktiviti harian kita kan merosot? Sudah tentu akan merosot, ia disebabkan perasaan runsing melihat paras rupa yang bermasalah sehingga boleh membuatkan perasaan rendah diri & malu akan menguasai diri kita.

Penyebab utama jeragat walaupun sudah menggunakan pelbagai produk kecantikan :

- Pancaran uv matahari yang menjadikan kelebihan pigmen

- Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung & menopaus
- Gelisah & tidak cukup tidur
- Menggunakan makeup yang tidak berkualiti & bermutu rendah
- Masalah pada limpa

Untuk menghilangkan masalah jeragat, jerawat, kulit kering ramai antara kita berusaha mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi itu. Shaklee telah mencipta Collegen Powder yang akan membuatkan anda merasai kesan perubahan hilangkan masalah wajah anda yang berkurangan hari demi hari dan kulit wajah makin menjadi cantik, gebu, menawan & awet muda. Selain itu, anda juga akan perasan tubuh anda semakin sihat dan bertenaga, jisim tulang dan pergerakan sendi semakin lancar serta rambut dan kuku lebih bersinar dan sihat.
Ni hari ni saya nak share testimoni dari Puan S (dia tak mahu dikenali dan kita harus hormati). Beliau sangat berpuas hati dengan hasil SHAKLEE COLLAGEN POWDER ni.
1) Hilangkan Jeragat
2) Ratakan ton kulit
3) Kecilkan liang pori muka
4) Lembutkan kulit
5) Hilangkan parut, calar
 Testimoni pengguna Collagen Powder- kulit cantik semulajadi selepas 6 minggu menggunakan Collegen Powder Shaklee. Bebas pigmentasi & jeragat. Ni gambar original ya, takde edit-edit..

Kajian klinikal membuktikan ia dapat memperbaiki testur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
Faedah tambahan :: menyokong KESIHATAN SESENDI & MENGUATKAN TULANG. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan Collagen Shaklee boleh la calling-calling saya (Ayzza) ditalian 0194582016 atau email : azaflower@yahoo.com

7 Rutin jadikan anda lebih CANTIK

Terdapat 7 rutin yang perlu anda ikuti untuk lebih kelihatan Cantik,

1 ) Membersihkan wajah setiap hari dengan menggunakan cleanser atau pembersih wajah.

2) Memakai Krim pelembap yang mengandungi SPF yang dapat melindungi kulit wajah dari panahan cahaya matahari.

3) Memakai krim pelembap pada waktu malam

4) memakai lipbalm sebelum memakai gincu bibir untuk memastikan bibir sentiasa kelihatan lembap.

5) Memicit bintik hitam dan bintik putih seminggu 2 kali supaya kulit wajah kelihatan bersih dan bebas jerawat.

6) Menyapu seluruh tubuh dengan losyen bandan sesudah mandi untuk menjaga kelembapan kulit tubuh.

7) Menyapu krim anti selulit dengan cara yang sama seperti menyapukan losyen badan.

Monday, December 3, 2012

Hasil terbaik dengan Mk Mineral Powder Foundation

Adakah anda masih tercari-cari bedak asas, foundation dengan tekstur yang halus dan memberi kesan sempurna pada wajah anda?? Harganya tidak membebankan ?? Nah dengan Marykay  Mineral Powder Foundation atau bedak debu yang ringan ini berupaya menutupi garis-garis halus, kekedutan dan ketidaksempurnaan pada wajah anda. 
Penggunaan bedak debu ini membuatkan kulit muka anda kelihatan gebu, lembut dan berseri sepanjang haria...

Bagi saya, selain memakai Mary kay liquid foundation, saya juga pengguna setia Mineral Powder Foundation...selepas pakai Timewise Day Solution dan Timewise Moisturizer, pasti saya akan memakai Mineral POwder Foundation.. 

Dengan harga RM72, anda mampu memperolehinya...

Monday, October 22, 2012

Kenali Mary Kay

Siapakah Mary Kay Ash...?

Mary Kay Ash, pemilik Mary Kay Cosmetics boleh menjadi salah satu kesan paling penting yang meningkatkan kesempatan wanita dalam perniagaan kerana sifat positifnya. Mary Kay Ash mula memasuki dunia marketing dan direct selling dengan brand Stanley Home Products€. Sepanjang kariernya, Mary Kay mendapat pelbagai penghargaan. Dengan perniagaan Mary Kay cosmetics, Mary Kay mampu mengubah taraf hidup jutaan orang. Namun kejayaannya tidak datang begitu saja, suaminya meninggal dunia satu bulan sebelum launching perniagaannya.. namun filosofinya untuk maju dan berjuang tetap ada.

Apa itu Mary Kay?

Ia adalah sebuah syarikat jualan langsung, merupakan salah sebuah syarikat Amerika yang menjual produk penjagaan kulit dan kosmetik terbesar di dunia, sudah wujud sejak tahun 1963 lagi.

Apakah tagline Mary Kay?

Memperkayakan hidup wanita. Namun soalnya sekarang, apakah yang dimaksudkan dengan kaya itu.

Sudah tentulah ia bermakna wang. Kita mendapat keuntungan serta-merta selepas menjual produk Mary Kay. Selain itu, kita mendapat hadiah apabila membeli produk Mary Kay daripada syarikat menerusi kempen bulanan yang diadakan. Bagi ahli baru, mereka mendapat hadiah produk Mary Kay selama enam bulan pertama selepas menyertai Mary Kay apabila membeli dan berjaya mengumpulkan jumlah poin yang ditentukan. Nilai produk ini mencapai ribuan ringgit.

Selain itu, kita berpeluang mendapat hadiah berupa cincin permata selepas berjaya mencapai matlamat yang sudah ditetapkan setiap 3 bulan selama setahun. Hadiah-hadiah ini termasuklah belian peribadi dan kejayaan merekrut BC baru dalam tempoh yang ditetapkan. Hadiah ini disediakan bagi setiap BC yang berjaya. Itu baru hadiah. Namun, apa yang menariknya dalam Mary Kay adalah kejayaan BC meramaikan kawan dan sahabat mereka sendiri. Jika dulu kita tiada kawan, menerusi Mary Kay, kita mendapat ramai kawan baru. BC sentiasa digalakkan supaya menjadi kawan kepada pelanggan mereka. Ini bukan hanya memudahkan mereka menjual, tapi sebenarnya ia adalah bagi memberikan khidmat pelanggan terbaik kepada setiap pelanggan Mary Kay.

Semua BC Mary Kay digalakkan melayan orang lain sebagaimana mereka mahu dilayan. Tentulah kita semua mahu dilayan dengan baik, bukan? 

Mary Kay begitu mementingkan produknya diuji dulu sebelum kita beli. Oleh itu, orang yang ingin bertukar ke produk Mary Kay sebaiknya menghadiri kelas penjagaan produk yang dianjurkan secara percuma. Semasa dalam kelas ini, kita akan diajar bagaimana mencuci wajah dengan betul. Jika kita main taram saja, ditakuti, wajah tidak menjadi sebagaimana sepatutnya. Di antaranya termasuklah terbeli produk yang tidak sesuai, tumbuh jerawat, wajah semakin berkedut dan sebagainya.

Selalunya BC akan menganjurkan pelanggan baru membeli set asas dulu, kemudian baru bertukar ke produk lain. Ini adalah langkah permulaan menstabilkan keadaan kulit.
Selepas kulit lebih stabil, barulah pelanggan beralih ke produk anti-penuaan, produk mencerahkan wajah dan sebagainya.

 BC selalunya akan merekomenkan produk yang benar-benar sesuai dengan mereka. Sekiranya mereka punya masalah yang mahu ditangani segera, BC akan memberi beberapa saranan. 

Mary Kay dijual di 35 buah negara, dan ada seramai 1.8 juta BC seperti saya di seluruh dunia. Ia sudah berada di Malaysia sejak tahun 2000 lagi tetapi ia tidak dijual di kaunter-kaunter atau dipasaraya-pasaraya atau di kedai-kedai.

Wednesday, October 17, 2012

Facial with Marykay

1. Bersihkan solekan anda dengan menggunakan make-up remover. Elakkan guna minyak baby kerana akan menyebabkan timbul biji minyak d wajah anda.

2. Letakkan cleanser muka 5 titik di wajah anda iaitu dahi,hidung,pipi kiri n kanan dan dagu.

3. Dengan menggunakan 3 jari anda iaitu jari hantu,kelingking dan anak jari utk menggosok secara perlahan-lahan membulat ke atas selama beberapa minit.
Cara ini bertujuan utk mengelakkn wajah anda cepat berkedut.

4. Selepas itu ambil span facial yg berwrna kuning/purple (biasa salon pakai) sapu sisa-sisa pencuci muka di wajah anda. Ini bertujuan utk mbuang segala kotoran dan minyak di wajah anda dgn lebih bersih.

5. Sapu mask ke seluruh wajah anda, kecuali dibahagian kelopak mata dan bibir.Tunggu selama 15 minit sehingga mask kering. Selepas itu celup 3 jari anda di dlm air dan gosok spt mencuci muka.Ini bertujuan utk membuang segala sel kulit mati, white dan blakck head yg menyebabkn wajah anda kelihatan kusam.

6. Bilas wajah anda dgn air dan lap dengan kain kering.

7. Sapukan freshner ke seluruh wajah anda

8. Letakkan day solution/ day moisturizer di 5 titik di wajah anda dan sapu secara nipis ke seluruh wajah anda. Ini sgt penting utk mengelakkan kulit daripada kering, cepat berkedut dan naiknya jeragat pada kulit muka anda.

9. Hasilnya...anda akan mendapat kulit muka yang bersih selepas dicuci dan pakai masker dengan betul..

Tuesday, October 16, 2012

Melacep Whitening System Marykay

Kosmetik..? Memang sinonim dengan kaum wanita, perempuan dan gadis. Mana ada perempuan yang tak nak cantik, betul tak..? Set ini adalah sesuai bagi anda yang mempunyai masalah seperti :

1) untuk semua jenis kulit – normal/kering/berminyak atau kombinasi
2) kulit tidak sekata..macam ada peta dimuka…
3) ada bintik-bintik hitam bekas jerawat
4) pigmentasi/jeragat/tompok-tompok hitam
5) kulit yang tiada masalah tapi mau bagi cerah lagi..

6) masalah white dan black head di sekitar batang hidung..
6) perempuan,wanita dan gadis yang begitu ambik berat tentang kecantikan

Produk ni bagus sebab tak mengandungi hidrokuinon seperti kebanyakan produk kecantikan yang banyak dipasaran dan boleh menyebabkan pelbagai implikasi pada kulit. MelaCep Whitening System menggunakan bahan alam semulajadi yang terbaik untuk kulit anda.

Apa itu HIDRUKUINON? Hidrokuinon (Hydroquinone) adalah sejenis bahan penghakis yg mempunyai struktur kimia C6 H6 O2. Nama kimianya ialah '1,4 dihydroxybenzene'. Hidrokuinon yang digunakan dalam kosmetik boleh menyebabkan proses depigmentasi (proses dimana pigmen dibuang dan menyebabkan kulit menjadi cerah). Ini berlaku apabila hidrokuinon menghalang proses penukaran tyrosine kepada dopa dan menghalang proses-proses bolisme yg berkaitan dengan melanin (melanocoyte).

Proses depigmentasi ini adalah proses yg reversible akibat melanin pada kulit di hakis.
Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit. Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik dan putih..hakikatnya..kulit nampak berbeza antara leher..tangan dan muka... dan paling bahaya dengan pengunaan yang berterusan boleh dapat kanser kulit.

 Set MelaCep Whitening System  ni beserta harganya:

1) FOAMING CLEANSER  (100g)
- Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut

2) FRESHENER/PELEMBAB (100ml)
- Melengkapkan proses membersih, menjadikan kulit berasa segar dan lembut

3) DAY MOISTURIZER WITH SPF15(30ml)
- Melindungi kulit yg terdedah kepada UV pd siang hari dgn formula pelembapan. Potensi formula yg mengandungi askorbil glukosida utk faedah pemutihan dikekalkan dlm pam sifar udara

4) NIGHT CREAM (30g) -Manjakan kulit anda dgn krim mewah ini ketika tidur. Formula yg mengandungi askorbil glukosida ini membekalkan ramuan pencerahan semasa kulit anda memerlukannya utk memulih dan membaharui diri

5) ESSENCE (30ml)
- Serum yg cepat menyerap ini membantu mengembalikan kejernihan kulit. Pembungkusan inovatif memastikan formula yg mengandungi askorbil glukosida berada dlm keadaan sifar udara bagi mengekalkan keberkesanannya.

6) DARK SPOT SERUM RM170(10ml)
- Pembungkusan dgn bebuli penggelek memudahkan pemakaian serum jernih secara langsung pd bintik hitam akan oudar jika di pakai berterusan. Formula yg amat berkesan ini mengandungi askorbil glukosida

7) MASK (85g)
- Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin. Ia dapat menanggalkan white dan black head di sekitar hidung.

Memang produk ni mahal tapi kulit kita perlukan KUALITI. Setiap produk melacep boleh tahan sampai 5-6 bulan lamanya.. berbaloilah kalau harga macam tu tp depends on berapa kerap dan berapa banyak anda gunalah. Kalau setiap jam kerja asyik nak cuci muka dengan cleanser je, alamatnya sehari je boleh habis. 

Tetapi bagi anda yang ingin mencuba set melacep boleh memakai basic set sahaja, iaitu dengan mengambil cleanser freshener + day moist + dan night cream  dahulu..so nnti ada bajett boleh ditambah dengan produk Melacep yang lain.. 

Faedahnya:
• Untuk menampilkan kulit yang lebih cerah dan sekata
• Mengurangkan tompok hitam dan mengembalikan penyahwarnaan kulit
• Mengandungi penghalang matahari (SPF), antioksida , ramuan pemutihan, dan penganjalkan kulit.
• Menjernihkan kuit, gloming kulit muka gitu…

- dapat mengurangkan white dan black head

Sunday, October 7, 2012

Testimoni 2

Saya masih pengguna setia produk marykay, syukur alhamdulillah saya begitu berpuas hati dengan perubahan yang saya miliki selama ni.

Skin care yang masih saya guna ialah :

1) Timewise 3-in-1 Cleanser ( Normal to Dry Skin)
2) Timewise Day solution Sunscreen SPF 25
3) TimeWise Moisturizer ( Normal to Dry skin)
4) TimeWise Night Solution
5) Timewise moisture Renewing Gel Mask
5) Botanical Formula 2 - Mask
6) TimeWise Targeted Action Eye Revitalizer
7) TimeWise Microdermabrasion Step 1 and 2
8) Makeup remover 

Kalau ade sesiapa yang dah menggunakan skin care Mary Kay mesti rasa seronok
untuk terus menggunakan produk-produk lain dari brand Marykay termasuklah barangan make up Mary Kay. ni adalah kosmetik yang saya guna semenjak mengenali MK 

Kosmetics :
1) Timewise Luminous-ware liquid foundation (Ivory 3)
2) Mary Kay Sheer Mineral Pressed Powder ( Ivory 200)
3) Mineral Powerder foundatin ( kalau tak pakai liquid foundation saya pakai mineral powder foundation)
4) Cream Lipstick (sunset)
5) Mineral Cheek color
6) Eye liner
6) Marykay Brush collection

Di samping itu, tahukan anda semua PUNCA masalah jerawat,jeragat,bintik hitam, kulit tidak sekata dan kulit kering berpunca dari dalaman badan kita?? Kenapa saya cakap macam tu kerana ia pernah berlaku pada diri saya..di mana sebenarnya saya ni jenis kulit sensitif, tersalah makan akan naik jerawat, dan gatal2 dibahagian hidung dan mata tp alhmadulillah semenjak saya mengambil supplement shaklee, wajah saya makin nampak perubahannya..kegatalan dibahagian mata dan hiduh pun kurang...hampir 3 bulan saya mengambil supplement shaklee iaitu 

Di antara kelebihan supplement SHaklee : 

B-complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Vitamin C – antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan. Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Vitamin E – Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan
 kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. 
Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya. Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.

ESP -SOYA PROTEIN ISOLATE POWDER  – diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula. Ia juga membantu dalam menghilangkan parut jerawat dan jeragat di muka. Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.

GLA complex – Gamma-Linolenic Acid adalah asid lemak omega-6 di mana badan akan menukar kepada bahan untuk mengurangkan inflamasi (keradangan).  Berdasarkan testimony pengguna, kulit mereka menjadi lebih lembab dan masalah jeragat juga berkurangan.**

Saya juga Shaklee Independent Distributor, so sekiranya anda berminat untuk mencuba supplement SHaklee, boleh hubungi saya di talian 0194582016..

Thursday, October 4, 2012

Gambar Raya 2012

gambar ni di ambil semasa beraya di rumah bapak saudaraku di Kuala Tengganu tapi yang menyedihkan..betul2 dibatang hidungku ada kesan parut...parut cakaran oleh syamil, anak saudaraku...jenuh juga nak hilang kalau ada kesan parut kat muka kan..sabar je lah...kenangan tau., bukan parut jerawat tau..

Wednesday, October 3, 2012

Hollywood Mystique

Musim ini, wanita boleh menyerlahkan gaya femme fatale Hollywood dan perasaan kejelitaan yang penuh berkeyakinan. Ianya tentang mengubah pemalu kepada jelitawan anggun dengan koleksi warna Edisi Terhad Hollywood Mystique yang mengagumkan oleh Mary Kay.

Tuesday, September 18, 2012

Mini Compact

RM40 

Saiz yang Kecil, anggun dan boleh dimasukkan ke dalam beg dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Rekabentuk yang menarik adalah sempurna untuk semua wanita yang mementingkan kecantikan. 

Rekabentuk yang eksklusif harga RM50

Harga RM58

RM150

Compact saiz nya agak besar, boleh dimuatkan dengan sheer mineral pressed powder, blusher, eye color, lip liner, eye liner, lipstick dan brush tools..

Thursday, September 13, 2012

Timewise Liquid Foundation

MANFAAT & KEISTIMEWAAN
 Mengekalkan warna solekan di wajah.
 Membantu mengawal minyak sekurang-kurangnya selama lapan jam.
 Memberi litupan yang sempurna.

Pemilihan jenis Timewise Liquid Foundation adalah mengikut kesesuaian kulit anda samaada kulit biasa/kering atau kombinasi/berminyak. Rujuk jadual dibawah.

Terdapat 5 warna Timewise Liquid Foundation iaitu :

Testimoni pengguna :

Cream-to-Powder Foundation

(di jual berasingan)

KELEBIHAN PRODUK:
Crème-to-Powder Foundation ialah produk 2-dalam-1 dengan tekstur sehalus krim untuk
menghilangkan cela, dan apabila kering memberi kemasan yang lembut, gebu dan matte.

MANFAAT & KEISTIMEWAAN:
 Produk 2-dalam-1 dengan tekstur sehalus krim
dan apabila kering memberi kemasan yang lembut, gebu dan matte
 Memberi litupan nipis hingga penuh yang sempurna
 Boleh digunakan sebagai solekan atau sentuhan kemasan
 Boleh digunakan sebagai penyamar noda
 Mudah digunakan untuk meratakan tona kulit
 Formula kalis air

BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA:
 Mudah digunakan dengan tekstur sehalus krim untuk menghilangkan cela, dan apabila kering memberikemasan yang lembut, gebu dan matte.
 Mudah digunakan untuk meratakan tona kulit.

Crème-to-Powder Foundation boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut tona kulit muka anda :
cream to powder foundation mary kay

3 langkah utk dptkan solekan yg sempurna

Untuk dapatkan solekan wajah yang sempurna, sila ikuti 3 langkah dibawahh..

Monday, October 29, 2012

Copyright to Beauty With MK
Designed by Beauty With MK